My photo
salam perkhabaran sehalus angin seni... dengar,lihat,rasai setiap titik-titik kehidupan ku dalam rancah teater kehidupanku yang bernama diari seorang designer.. salam puisi chenta terunggul.

Saturday, April 17, 2010

AL-FATIHAH


hari neyh aku bangun tido kul 10.sebab nak wat asmgnt ngan dak2 umah..so sume tgk la tv dari pagi smpai petang..then tv aku lak jenis xtentu arah..kejap elok kejap tak..ptg tu aku tgk tv lah ngan dorg..tgk tv 3 xclear..tapi leh tgk la..then tgk tv 1 ade org nyanyi nana and achik spin..hum.layan jela..
then malam tadi ktrg sambung wat kje..sambil w kje..sambil tgk berita..
dkorang nak tahu berita ape??? neyh berita dye..


SEREMBAN, 17 APRIL 2010: Vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, telah disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) lebih kurang jam 6 petang tadi.
Perkara ini disahkan sendiri oleh rakan baiknya, Siti Nordiana Alias (Nana), 26 sebentar tadi.
Kemalangan itu dipercayai berlaku sewaktu Achik dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban setelah menjalani satu program hiburan, Gah 1di RTM bersama Nana awal petang tadi. Nana ketika dihubungi murai.com.my mengesahkan berita itu setelah dimaklumkan oleh ahli keluarga Achik.
"Nana betul-betul terkejut dan tak sangka perkara ini terjadi.Sukar untuk percaya apabila menerima berita tentang kematian Achik ini sebab baru petang tadi kami berganding bersama menjayakan program Gah 1 di RTM. Malah sewaktu program itu selesai, Nana sempat berborak dengan dia dan menghantar beliau ke keretanya.
"Nana sendiri pun tak tahu apa punca kemalangan tersebut, tapi apa yang Nana diberitahu oleh ahli keluarga Achik, kereta Toyota Estima yang dipandunya terbabas dan terbakar. Arwah meninggal di tempat kejadian.
Nana rasa sedih sangat kerana Nana rapat dengan Achik kerana kami sama-sama memulakan karier sebagai artis rakaman dan sama-sama mencipta nama.Sekarang ini Nana dalam perjalanan menziarahi jenazah arwah di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban bersama ahli kumpulan Spin yang lain"kata Nana yang masih sebak serta tidak dapat menahan kesedihan.





sedih kan..??sumanya terjadi sekelip mata..benda neyh bukak mata aku untuk terus sedar yg maut tu xkire tempat..and ajal di tgn tuhan..klau waktu tu dye nak tarik nywa kita..kita xleh wt ape2..
hanya tawakal pada yg esa diampunkan dosa kita..


Ya allah..selamatkan lah ibu bapaku,keluargaku,kawan2 ku...
semoga mereka dijauhkan dari segala malapetaka..
buat keluarga ARWAH ACHIK SPIN ..SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIANNYA..
KITA BERDOA AGAR ROHNYA TENANG DI SANA..
AL-FATIHAH



No comments:

Post a Comment