My photo
salam perkhabaran sehalus angin seni... dengar,lihat,rasai setiap titik-titik kehidupan ku dalam rancah teater kehidupanku yang bernama diari seorang designer.. salam puisi chenta terunggul.

Friday, May 21, 2010

syabas designer baru:amir lukman.. =)

Pereka fesyen negara, Amir Luqman telah mendapat perhatian pelbagai lensa kamera sewaktu menjayakan Minggu Fesyen Pakistan yang diadakan di Karachi, Pakistan, baru-baru ini.

Hingga ada segelintir media yang menyalah-ertikan dia seagai salah seorang model yang menjayakan fesyen show di acara tersebut. Hal ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Amir memang mempunyai susuk tubuh dan ketinggian yang menyamai seperti seorang model.

Kelibat pereka fesyen tinggi lampai itu telah diberi penghormatan menyusuri laluan runway penuh gah, disamping persembahan beberapa koleksi eksperimentalnya di hadapan ratusan penggemar fesyen di sana.

Lebih membanggakan lagi apabila kehadiran Amir telah mendapat liputan meluas oleh beberapa akhbar online di sana seperti The Economic Times dan juga laman web serta blog fesyen seperti vancouversun.com, mtviggy.com dan theinsider.com.

Satu pencapaian cukup membanggakan daripada pereka fesyen muda negara ini yang sebelum ini telah membantu portal murai.com.my menjayakan 2 program fesyen iaitu Hari Alam Sekitar di Zoo Negara dan paling terbaru pelancaran Stailista Fabulous 80's sempena Ulang Tahun ke-2 murai.com.my yang berlangsung di Hotel Palace Of The Golden Horses baru-baru ini. 





Tidak sendirian, kemunculan sulung Amir ke sana sejak awal minggu ini  telah disokong oleh beberapa model terkenal negara seperti  Tengku Azura, Anita Aziz dan Aleeza Kassim yang turut membantu memperagakan busana rekaannya  di sana.

Malah seorang lagi pereka fesyen disegani negara, Sharifah Kirana turut diberi peluang menyerikan lagi lantai peragaan minggu fesyen yang disertai lebih 30 pereka fesyen dari negara eksotik berkenaan.

Minggu Fesyen Pakistan menampilkan nama-nama besar dalam industri fesyen dan tekstil Pakistan seperti Sonya Battla, Rizwan Beyg, Maheen Khan, Jattinn Kochhaer, Hazree Wahid, Aneela Haque, Omer Mansoor dan Ashish Pandey.

Acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh penggemar fesyen negara serantau terutama India itu telah diadakan di Hotel Pearl Continental, Pakistan.

No comments:

Post a Comment