My photo
salam perkhabaran sehalus angin seni... dengar,lihat,rasai setiap titik-titik kehidupan ku dalam rancah teater kehidupanku yang bernama diari seorang designer.. salam puisi chenta terunggul.

Wednesday, October 14, 2009

susah menjadi bisex

salam....
kehidupan aku sangat2 pelik.....
kadang2 aku xtaw ape dugaan yg aku tempuh neyh..??
kadang2 aku rasa hdp aku neyh btul ke x??..susah menjadi bisex..apatah lagi diriku ingin ke lelaki sejati..bkn xmampu..aku ade segalanya..my gf..but at the same time i ade bf... 


kadang2 aku rasa bersalah pada gf aku..tapi aku sayang dye..dye sggup tma aku mcm ne pon diri aku.,.dye seorg yg tabah menghadapi sume..and sanggup tggu aku..dye byk ubah aku..byk sangat..aku tak nak kehilangan dye..dan dye tahu kehadiran bf aku...dan dye phm..tapi hati seorg perempuan aku taw mcm ne prsn dye...




hatiku pada bf aku..ingatan ku pada gf aku....
mungkin tuhan nk tunjuk pda aku...bkn aku xnk berubah tapi aku xmampu utk ubah sumenya dlm mse terdekat stlh lama aku bergelumang dlm dunai sonsang..


hanya sesetengah org je leh phm aku...
gf aku sgt2 memahami..tapi aku taw prsn dye...i taw yunk prsn u..i syg u..
syg sgt2..
tpi pada msa sama u kne ingat i bekas gay syg..i need tyme......




 sayang sangat kat die.
aku hanya insan biasa yg tak lari dari kesilapan dan dosa2 dunia..
sayang and chenta xkenal suma..sebab chenta itu buta...



Banyak yang perlu aku belajar tentang ape itu erti hidup?..
Belajar mengenal manusia dan sekali gus mengenali kehidupan...
Dan ape yang aku cari dalam kehidupan...
Emmmmmm...
Memang mudah tapi terlalu mendalam makna sesebuah kehidupan itu......
Perjalanan hidup aku ni tak selalunya indah setiap hari yang kita lalui pastinya ada panas ,hujan ,redup dan ribut....
Aku sedih sangat dengan perjalanan hidup aku ni........
Ada masa-masanya aku rasa terlalu sesak dengan keadaan .
Rimas dengan situasi yang menghimpit…
Sehinggakan aku sudah tidak ada ruang sedikitpun untuk aku bernafas .
Lebih memburukan keadaan lagi ….
Aku tidak punya pilihan ..,
Sebaliknya perlu pula mengharungi ruang hidup yang hampir sempit dan merimaskan itu dengan hati yang separuh rela ..
Dengan senyuman yang terpaksa ..
Dengan wajah yang tidak ceria…..
Tapi aku paksa juga hati untuk senyum.
Dengan paksaan itu bibir pun melahirkan sebuah senyuman yang tidak enak di pandangan mata.
Bila aku cuba juga untuk tersenyum hati rasa sakit.
Bagaikan mahu tersembur keluar nanah-nanah yang ada dalam hati..
Aku sudah tidak mampu tersenyum bila apa yang hati mahukan adalah menangis hiba…
Sudah lama mahu aku tamatkan cerita tentang sedih yang selalu saja menjadikan hidup aku tidak ceria.
Cuma ada ketikanya , aku tidak berdaya…
Cuma Aku rasakan ada ketikanya , aku juga melahirkan senyuman ikhlas dari hati untuk semua yang bergelar mahaluk di luar sana





Tapi manusia seperti aku terlalu banyak khilafnya…
Tidak sempurna…
Dugaan hidup yang pelbagai menjadikan aku manusia yang belum mahu berhenti air matanya….
Aku kesat lagi….
Kesat lagi…air mata yang bersisa….
Jangan menangis lagi…
Untuk apa !!!!!.....
Entahlah ….
Aku mahu memilih diam ….
Tapi kali ini aku mula merasakan yang diam adalah jalan yang selamat bagi mengelakan diri dari menjawab persoalan-persoalan yang menerpa….
Sebaliknya senyap ini hanya memenjarakan sekeping hati yang rapuh jati diri.
Sampai bila mahu berendam si air mata ?.....
Aku jadi jemu berdiplomasi …
Dan kadangkala aku jadi jemu menjadi mausia yang dangkal hatinya…
Tidak peduli dengan apa yang orang lain rasa, asalkan aku saja bahagia…..
Tapi hakikatnya aku tidak boleh lama bersama sikap-sikap begitu …
Aku mula rasa rimas ..
Rimas kerana yang begitu bukan aku….
Yang begitu hanyalah pantulan dari rasa yang ada dalam jiwa Kali ini aku mengharapkan yang terbaik lagi…
Terus dan tidak pernah berhenti…
Kerana sampai bila-bila pun aku akan terus mengharapkan yang terbaik…
Moga perjalanan hidup yang aku harapkan adalah yang terbaik ini tidak akan membuatkan aku tersungkur di pertengahan…





Jemukah aku mengharungi hari-hari yang cukup menduga hati dan akal ini ?.
Tidak dan Ya ,mungkin jawapan yang terbaik ..
Tamak kah aku?.
Tidak …Tidak sebenarnya..
Sebaliknya otak ku celaru …
Bercelaru memikirkan masa hadapan yang masih kabur warnanya …


Dulu aku pernah menangisi nasib…..
Aku pernah berduka cita..
Aku pernah menangis hiba..
Aku pernah menjadikan titis-titis jernih si air mata sebagai pelengkap dan teman tidur setiap ketika..
Aku pernah duduk termenung seharian…
Tanpa melakukan apa-apa selaian dari merenung dari ruang-ruang putih yang kadang kala berbalam warnanya.
Aku pernah….
Aku pernah melalaui semua itu..
Aku pernah jatuh ,rebah, dan terasa tidak berdaya untuk bangkit walaupun sedikit pun…
Aku pernah terluka berdarah….
Aku pernah berada di situ dulu….
Kini aku merasakan sisa-sisa itu ada…
Ada dalam segenap inci hati dan rasa yang di anugerahkan oleh dia.
Malangnya ..
Aku sudah memutuskan untuk membawa diri ,dan hati ini lari jauh…
Jauh dari semua itu..
Aku mahu memadamkan semua kisah …
kisah pahit atas kanvas hitam yang penuh dengan cerita duka.
Ada ketikanya aku tidak berdaya..
Ada masa-masanya, aku berhenti untuk memberi ruang pada diri agar dapat memadamkan semuanya sekali.



Namun…
Hati ini masih degil...
Masih lagi mahu berada di situ.
Masih mahu menjadikan kisah hitam sebagai sebahagian ruang yang patut aku ingati….
Berbalah bahagi hati..
Aku mahu berhenti..
Sebaliknya , dia tega dan kebal di situ.
Aku masih belum berjumpa sesuatu yang boleh membuatkan aku tersenyum …


Aku masih belum mampu membuatkan hati tersenyum..
Tak ada satu pun yang dapat menerangkan tentangan senyuman …
Sedikit pun belum..
Masih tentang diri aku…
Aku mahu membetulkan keadaan ..
Aku mahu membetulkan keadaan …
Aku mahu membetulkan penafsiran yang tersasar.
Bahawa sesungguhnya , aku ini hamba yang masih belum mati kerana cinta….
Belum mahu mati kerana kehadiran cinta manusia yang tidak pernah hadir dalam bentuk yang sepatutnya…
Aku masih lagi kukuh…
Jiwaku kukuh ..
Walaupun ada ketikanya ianya menjadi rapuh dengan tiba-tiba..
Tapi ....
Aku sudah bersedia untuk mencantumkan kembali jiwa-jiwa yang rapuh ini bila tiba masanya..
Tidak mungkinakan kubiarkan semuanaya berkecai..
Dan atas sebab itu ..
Aku masih lagi mahu hidup , kerana hakikatnya cinta yang menyakitkan…
Namun aku tidak dapat menolak kemungkinan ,bahawa apabila cinta itu tiada, separuh dari jiwa sudahpun di bawa bersama…
Aku kelam atas ketiadaan satu rasa yang indah..
Kurniaan dari Dia-Tuhan yang esa .
Mungkin sudah hilang nikmat dan rasa cinta itu..
Mungkin rasa cinta itu tidak ditakdirkan untuk aku..
Mungkin…Mungkin juga….
Semuanya mungkin untuk sebuah kisah cinta bersulam dusta…
Belajarlah dari pengalaman ngeri ..
Baru hati boleh jadi kental…
Aku sudah tidak sanggup mengharungi lagi kenangan-kenangan hitam dan ngeri itu..

5 comments:

  1. erm..
    awak kena tabah dan sabar..
    insya allah..dengan hidayahnya..
    dan sy pasti GF awak tu sayang sangat kat awak dan sentiasa menunggu awak :)

    banyakkan bersabar kayh..jangan pkir psitive and anggap ni sbg ujian..biasa la..ujian datang kat kita sebab nak uji iman kita..saya pun pnah mlaluinya..sampai kene gam ngan dak kolej mahupn kawan skeja...

    ReplyDelete
  2. salam...
    sy xpnh melalui pe yg awk lalui namun sbg one's of your readers n friends mybe (klu awk sudi),sy rse trpnggil utk berikn pndangn.
    1 advise sy,appreciate pe yg awk de skrg.bkn pe yg awk pnh de.hope u understand wht i mean.gd luck.

    ReplyDelete
  3. ada 4 cara utk meninggal dosa,, 1. pakaian, 2 kawan, 3 iman, ilmu.. paling mudah ialah kawan... jai pnh bt silap... mungkin serupa dgn awak....

    ReplyDelete
  4. Nyah... tak de maknenye chu ols.. dah suke kat jantan.. jantan jua chu ols..

    Jangan nanti dan kahwin, jantan tido sebelah bini pula.. Masa tu apa yang leh kata... AYOK..

    Ngee :D
    wanna wish u gud luck dear.

    reezwanblog.co.cc

    ReplyDelete