My photo
salam perkhabaran sehalus angin seni... dengar,lihat,rasai setiap titik-titik kehidupan ku dalam rancah teater kehidupanku yang bernama diari seorang designer.. salam puisi chenta terunggul.

Saturday, April 17, 2010

ricky martin gay??

panas tak tajuk kita??
hahaha...tapi i berani jamin yang dye betul2 gay..xcye??
tgk berita neyh k..
=)




NEW YORK,  30 Mac 2010: Selepas banyak kali berdiam diri tentang hal yang berkaitan dengan kisah peribadinya, akhirnya bintang pop, Ricky Martin, 38, membuat pengumuman dia seorang gay.

"Saya bangga menyatakan yang saya ini seorang lelaki homseksual. Saya juga bersyukur dengan apa yang dikurniakan pada saya dan paling penting saya adalah saya," katanya sewaktu menulis di laman webnya.

Ricky juga memberitahu bahawa penulisan memoirnya membuatkan dia sering teringatkan tentang anak lelaki kembarnya dan ia sekaligus mendorongnya membuat pengakuan terhadap masyarakat umum.

"Selepas bertahun-tahun mendiamkan diri, akhirnya saya menemui kekuatan untuk mengingatkan pada diri saya sendiri bahawa sesuatu penerimaan itu haruslah datang dalam diri kita sendiri.

"Dan kebenaran itulah yang akhirnya akan memberi kekuatan kepada diri kita untuk mengawal serta menakluk pelbagai emosi yang wujud.

"Apa yang akan berlaku selepas ini? Ia mungkin bukan lagi satu keutamaan buat saya. Apa yang menjadi keutamaan pada saya sekarang ini adalah apa yang berlaku pada saya saat ini.

"Saya sangat gembira. Apa yang saya tulis ini disertakan dengan perasaan cinta dan kasih sayang, ketenangan serta penerimaan. Itulah sebahagian daripada evolusi saya," kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Livin' La Vida Loca.





kepada adik2 kat luar tu..suke la tu.?
hahahha
=)





4 comments:

  1. Dapatkan panduan bina badan berotot disini....Agar anda lebih tuff dan macho...jangan segan2...Milikilah badan impian anda bermula disini...Kami memberi panduan secara terperinci serta mudah diikuti...

    ReplyDelete